Wednesday, October 2, 2013

Jawatan Kosong Sektor Kerajaan

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

Jadual Gaji      
                                                                       
Gaji Minimum 
(RM)
Gaji Maksimum 
(RM Sebulan)
Kadar Kenaikan 
Gaji Tahunan (RM)
P1        927.03
2,526.03         
            95.00
P2        985.15
2,662.93

P3        1,044.97
2,804.68




Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [ Gaji Permulaan P1 : RM927.03 ]; dan
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
Taraf Jawatan : : Tetap

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Perkhidmatan
: Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada , tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personal, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi. Skop fungsi bidang tugas adalah seperti berikut:-

1. Pentadbiran Pejabat:

Pentadbiran Am;
Perkhidmatan Kaunter;
Pemprosesan dan pengumpulan data/maklumat; dan
Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi
2. Pengurusan Personel;

3. Pengurusetiaan;

4. Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan;

5. Pengurusan rekod;

6. Pengurusan kewangan; dan

7. Pengurusan fail.

 
PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA

 
 MAKLUMAT TAMBAHAN
 
Bagi lantikan yang mensyaratkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon yang menduduki SPM melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat- syarat seperti berikut :

lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


 PERMOHONAN HARUSLAH DIBUAT DISINI (CLICK HERE)

PLEASE SHARE ON FACEBOOK FOR YOUR FRIENDS & FAMILY

Share on Facebook

No comments:

Post a Comment